8 Benda Wajib Ada Dalam Diaper Caddy

8 Benda Wajib Ada Dalam Diaper Caddy

Bayi newborn perlu ditukar lampin dengan kerap, hampir 10 kali setiap hari. Bagi memudahkan kerja, anda seharusnya mempunyai diaper caddy iaitu beg atau bakul khas untuk meletakkan keperluan untuk menukar lampin bayi yang mudah dialih dan dibawa supaya anda boleh menukar lampin bayi di mana-mana pun dalam rumah anda. Adalah lebih baik jika diaper caddy anda mempunyai banyak compartment yang boleh di selaras saiznya. Berikut kami senaraikan 8 benda yang kami rasakan anda wajib ada dalam diaper caddy anda.

  1. Lampin Bersih – Ini sudah semestinya. Letakkan beberapa keping sekali gus untuk kegunaan 1 hari dan refill setiap hari sebelum anda tidur.

2. Tisu Basah – Tisu basah dan lampin adalah pasangan yang wajib. Gunakan untuk sapu dan buang najis dari punggung bayi. Seeloknya gunakan jenis yang tiada pewangi dan sesuai untuk kulit bayi.

3. Spray Air – semburkan air bersih selepas membuang najis dengan tisu basah untuk menyucikan kulit bayi.

4. Tisu Roll – Untuk lap kering semburan air tadi dan untuk dilapikkan di bawah punggung bayi untuk menyerap titisan air dari spray. Boleh juga gunakan tisu kitchen roll yang lebih besar dan tebal.

5. Changing mat – Pilih dari jenis yang lembut, kalis air dan mudah dibersihkan. Saiznya haruslah yang sesuai dan boleh dilipat atau digulung untuk diletakkan di dalam diaper caddy

6. Minyak Bayi – Untuk disapukan pada perut dan tapak kaki bayi jika perlu untuk mengelakkan dan melegakan kembung perut bayi

7. Krim Lampin – Sediakan krim lampin untuk disapu jika terdapat ruam lampin pada kulit punggung bayi.

8. Plastik sampah – Untuk buang lampin yang sudah kotor. Boleh juga anda sediakan tong sampah khas untuk lampin bayi yang sudah kotor

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *