Pengiraan Dos Paracetamol Bagi Bayi & Kanak-Kanak

Pengiraan Dos Paracetamol Bagi Bayi & Kanak-Kanak

Menurut Frank Shann 17th Edition 2017, dos ubat untuk Paracetamol ialah :

15mg/kg 4-6 hours, max 4g/day

Menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol ialah :

Child up to 1 year: 60 – 120 mg per dose

1 – 5 years: 120 – 240 mg per dose

6 – 12 years: 240 – 480 mg per dose

Repeat every 4 – 6 hours when necessary. Maximum of 4 doses in 24 hours.

Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg berat anak/dose.

Terdapat 2 jenis kekuatan ubat paracetamol dalam pasaran iaitu 120mg/5ml dan 250mg/5ml. Anda perlu memastikan jenis kekuatan ubat paracetamol sebelum mengambilnya. Lihat slide di bawah untuk contoh cara pengiraan dos paracetamol.

Ibubapa atau penjaga perlu memastikan pengiraan dos yang betul agar ubat yg diberikan mencukupi berdasarkan berat anak dan tidak berlaku ‘underdose’ mahupun ‘overdose’.

Ubat Paracetamol tidak perlu di simpan dalam peti sejuk. Memadai dengan menyimpannya pada suhu bilik di dalam almari yg jauh dari capaian anak-anak. Selepas botol dibuka, ubat paracetamol boleh digunakan sehingga 1 bulan oleh itu anda digalakkan menulis tarikh buka pada botol ubat.
Jika belum buka, boleh digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada botol.

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *