Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil
Nurul Ibrahim2021-05-26T19:36:41+08:00
Apabila kandungan mencecah trimester kedua, perut semakin membesar, ibu hamil akan mengalami masalah untuk tidur dengan selesa. Jika salah posisi tidur, anda mungkin akan membahayakan bayi dalam kandungan. Menurut pakar perubatan, posisi tidur yang paling baik bagi ibu mengandung adalah dengan mengiring ke kiri dengan bantal diletakkan antara kedua lutut. Anda juga boleh meletakkan bantal di bawah perut dan belakang untuk mengurangkan tekanan kepada tulang belakang. Penggunaan bantal khas untuk ibu mengandung juga sangat disarankan. Dengan mengiring ke kiri, anda dapat mengurangkan tekanan kepada vena cava yang terletak pada sebelah kanan tulang belakang (saluran darah ke jantung), melancarkan fungsi buah pinggang, seterusnya mengurangkan masalah bengkak pada pergelangan kaki, dan tangan.




Previous image
Next image