Ruam Berjerawat Pada Newborn: Erythema Toxicum Neonatorum

Ruam Berjerawat Pada Newborn: Erythema Toxicum Neonatorum

Ruam jenis ini sering terjadi kepada bayi berumur 1-2 minggu. Dalam beberapa hari, ruam merah muncul pada kulit diikuti bintilan kecil berwarna putih kekuningan dikelilingan oleh warna merah. Ia kelihatan seakan-akan jerawat pada kulit dewasa. Ruam ini datang dan pergi, berubah lokasi di seluruh badan tapi tidak melibatkan tapak tangan dan kaki. Walaupun namanya toxicum, anda tidak perlu risau kerana ruam ini tidak membahayakan bayi. Ia adalah mekanisma kulit menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim. Tidak perlu sebarang rawatan yang khusus kerana ruam ini akan hilang dengan sendirinya. Jangan panik ya mommies kalau nampak ruam seperti ini pada bayi anda yang baru lahir.

 

Sumber: Portal MyHealth

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *