5 Tips Bina Keyakinan Diri Anak-anak

5 Tips Bina Keyakinan Diri Anak-anak

Keyakinan diri seharusnya dibina sejak dari kecil kerana pada waktu inilah masa yang paling sesuai untuk membentuk peribadi mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membina keyakinan diri anak-anak dan ini akan menentukan kejayaan mereka apabila dewasa kelak. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1.Benarkan Mereka Lakukan perkara yang diingini

Ada masanya anak kita mahu suap makanannya sendiri, mahu mandi sendiri, atau mahu membantu melakukan kerja rumah seperti sapu dan mop lantai. Sesetengah ibu bapa menghalang keinginan anak-anak kerana risau bersepah dan tak mahu penat mengemas. Selagi perkara tersebut tidak membahayakan, benarkanlah mereka lakukannya. 

2. Lakukan Perkara baru bersama-sama

Sesekali lakukanlah aktiviti yang lain daripada rutin harian anak-anak seperti mengajak mereka baking kek dan biskut atau ajak mereka lakukan aktiviti arts & craft. Pasti mereka akan teruja untuk mempelajari sesuatu yang baru. Penting bagi ibubapa untuk terapkan sikap ingin tahu dalam diri anak-anak supaya mereka sentiasa yakin untuk mencuba dan teroka perkara baru.

3. Benarkan anak buat keputusan

Sesekali benarkan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri seperti memilih baju apa yang hendak dipakai. Walaupun nampak kecil dan remeh, anda sebenarnya sedang melatih mereka untuk berfikir dan membuat keputusan.

4. Sokong Minat anak

Perhatikan anak anda. Adakah mereka cenderung kepada sesuatu perkara seperti minat pada muzik, seni, memasak, nombor, haiwan dan sebagainya. Jika ya, sokonglah minat mereka. Dorongan dan sokongan anda akan meningkatkan keyakinan mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka minat.

5. Berikan pujian dan kepercayaan

Jika mereka berjaya melakukan suatu tugasan walaupun tidak sempurna, berikan mereka pujian dan kata-kata semangat. Jika mereka takut untuk melakukan sesuatu, jangan patahkan semangat mereka. Berikan sokongan dan katakan anda yakin dan percaya mereka boleh lakukannya.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *