5 Tips Legakan Ketidakselesaan Simptom Teething

5 Tips Legakan Ketidakselesaan Simptom Teething

Anda runsing bayi anda meragam, enggan tidur dan tak mahu makan kerana gusinya tidak selesa nak tumbuh gigi? Cuba lakukan 5 tips ini untuk melegakan ketidakselesaan bayi.

1. Pelukan

Simptom teething akan membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. Bayangkan gigi yang tajam mencucuk gusi dari dalam, ouch! Fahamilah bayi anda merasa sakit dan berikannya pelukan dengan kerap kerana pelukan anda dapat menenangkan dan membuatkan mereka merasa selesa. Jika anda menyusukan, jangan risau untuk biarkan anak mengempeng sehingga tertidur. Peluk dan dodoikan bayi anda supaya mudah untuk tidur. Gunakan baby carrier atau baby wrap supaya anda boleh melakukan kerja lain sambil bayi anda mendapat pelukan anda.

2. Teething Toys

Terdapat banyak mainan bayi yang lembut dan bertekstur yang boleh digigit dan dikunyah oleh bayi dengan selamat. Pastikan mainan tersebut bersih sebelum anda memberikannya kepada bayi dan bersihkan dengan air suam selepas digunakan. Anda boleh juga meletakkan mainan teething dalam peti sejuk sebelum diberikan kepada bayi.

3. Biskut Teething

Terdapat banyak biskut bayi dalam pasaran yang khas untuk bayi yang mengalami simptom teething. Biskut ini panjang, mudah dipegang, keras dan mengandungi bahan yang selamat untuk bayi. Jika rajin, anda juga boleh bakar biskut teething untuk bayi sendiri dengan resepi mudah yang boleh diperolehi dalam internet.

4. Ais Krim Breastmilk

Jika anda berikan bayi dengan susu ibu dan mempunyai susu simpanan yang dipam, anda boleh bekukakn susu ibu dalam acuan popsicle dan berikan pada bayi anda. Sensasi sejuk air krim dapat melegakan ketidakselesaan pada gusi bayi.

5. Finger Foods Sejuk

Jika bayi sudah melebihi umur 6 bulan dan sudah mula makan, anda boleh berikan sayuran atau buahan sejuk yang dpotong dalam bentuk yang mudah dipegang. Lobak merah, timun, celery, dan epal adalah antara sayur dan buahan yang sesuai untuk diberikan. Sejukkan dahulu dalam peti sejuk sebelum berikan kepada bayi anda.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *