Jangan Gelakkan Kesilapan Anak

Jangan Gelakkan Kesilapan Anak

Normal jika anak kecil yang baru nak belajar buat silap. Contohnya salah sebutan sesuatu perkataan atau salah mengira dan membaca. Walaupun mungkin anda merasa kesilapannya itu sangat kelakar, cuba tahan diri anda dari mentertawakan kesilapannya itu terutamanya jika terdapat orang lain disekelilingnya. Hal ini kerana tanpa anda sedar, tindakan anda mentertawakan kesilapannya itu akan memberikan kesan negatif kepada emosi dan mental anak anda.

Takut Untuk Mencuba

Jika anak kecil ditertawakan kerana kesilapannya, kemungkinan besar anak kecil itu akan menjadi takut untuk mencuba. Sifat ingin tahu adalah penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Mereka banyak belajar melalui pengalaman. Jika mereka takut untuk mencuba, tidak mustahil mereka akan mengalami kelewatan dalam perkembangan.

Rendah Keyakinan Diri

Perasan ditertawakan bagi anak kecil sebenarnya sangat memalukan walaupun anda rasa itu hanyalah perkara kecil dan remeh. Lebih-lebih lagi jika anda mentertawakan mereka di hadapan khalayak ramai. Ini akan mengakibatkan mereka berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk bersosial. Mungkin mereka akan menjadi pendiam dan tidak mahu volunteer manjawab soalan guru ketika di dalam kelas kerana takut ditertawakan jika mereka silap.

Oleh itu, sebagai ibubapa, latihlah diri untuk memberikan respon yang sebaiknya ketika anak melakukan kesilapan. Elak memalukan mereka dan betulkan mereka dengan cara yang mesra dan lembut. Cara layanan anda terhadap ketika mereka kecil sangat mempengaruhi perwatakan mereka apabila dewasa.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *