Urutan Bayi: Urutan Tangan

Urutan Bayi: Urutan Tangan

Urutan pada bayi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan dan perkembangan bayi. Ia juga adalah salah satu cara terbaik untuk mencipta bonding anda ibubapa dan bayi.

Berikut adalah antara manfaat yang diperolehi melalui urutan bayi:

  • Memberikan ransangan sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran
  • Menguatkan otot bayi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menenangkan bayi
  • Memudahkan bayi untuk tidur
  • Membantu melegakan sembelit

Dalam posting kali ini kami akan kongsikan lankah-langkah mudah untuk melakukan urutan tangan pada bayi. Sebelum memulakan urutan lakukan persediaan seperti berikut:

  • Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
  • Pencahayaan yang malap, tidak terlalu terang
  • Bayi dalam keadaan rehat, sedar, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
  • Bukakan pakaian bayi dan dibaringkan dalam keadaan yang selesa
  • Gunakan minyak beraroma yang selamat untuk kulit bayi

Jika anda dan bayi sudah bersedia, lakukan langkah berikut:

1. Usapkan lengan bayi satu persatu bermula dari bahu ke pergelangan tangan dengan lembut. Lakukan usapan dengan kedua tangan anda berselang seli dan ulang sebanyak 3 kali

 

2. Pegang tapak tangan bayi dan lakukan pergerakan di atas tapak tangan dalam arah bulatan menggunakan ibu jari anda. Ulang sebanyak 3 kali pada kedua-dua belah tapak tangan

 

3. Lurutkan setiap jari tangan bayi dengan perlahan. Ulang sebanyak 3 kali pada setiap jari.

Selamat Mencuba.

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *