Carta Pertumbuhan Gigi Bayi

Carta Pertumbuhan Gigi Bayi

Pengalaman menjaga anak pertama, pastinya ibubapa tertanya-tanya bilakah gigi anak anda akan tumbuh. Secara umumnya, gigi bayi akan mula tumbuh sekitar usia enam bulan bermula dengan dua batang gigi kacip bawah dan bertambah secara perlahan-lahan sehingga ke semua 20 batang gigi keluar pada umur 2 setengah sehingga 3 tahun. Carta berikut adalah panduan peringkat pertumbuhan gigi bayi:

Fakta tentang gigi susu:

  • Gigi anak perempuan lebih cepat tumbunh berbanding anak lelaki
  • Gigi bawah akan keluar dahulu berbanding gigi atas
  • Gigi akan tumbuh berpasangan secara serentak
  • Saiz gigi susu adalah lebih kecil dan warnanya lebih putih berbanding gigi kekal dewasa
  • Gigi susu seharusnya sudah keluar sepenuhnya apabila bayi berumur dua ke tiga tahun.