3 Mitos Kenalpasti Jantina Bayi Dalam Kandungan

3 Mitos Kenalpasti Jantina Bayi Dalam Kandungan

Setiap pasangan yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka pasti akan teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Jantina bayi ditentutkan daripada kromosom yang dibawa oleh sperma lelaki sama ada kromosom X atau Y. Kromosom X menghasilkan bayi perempuan manakala kromosom Y menghasilkan bayi lelaki. Tiada cara saintifik yang boleh menentukan jantina bayi yang pasangan mahukan dan ianya kekal misteri dah rahsia Allah SWT. Kini jantina bayi dalam kandungan boleh diketahui melalui ultrasound scan apabila kandungan mencecah usia 20 minggu ke atas. Namun orang tua-tua masyarakat kita juga mempunyai teori tertentu untuk mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan. Teori-teori ini tiada kajian saintifik yang dapat membuktikannya oleh itu ia hanya dianggap sebagai mitos. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya.

1. Bentuk Perut Ibu Mengandung

Teori ini mendakwa jika perut ibu membulat dan melebar, bayi dalam kandungan adalah bayi perempuan. Jika perut ibu melonjong dan lebih kehadapan, bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki. Teori ini adalah teori yang paling popular dan paling dipercayai. Bahkan ramai mengakui ianya adalah tepat.

2. Mengidam makanan manis vs masin

Teori ini mendakwa jika ibu kerap mengidam makanan manis semasa hamil, kemungkinan besar bayi dalam kandungan adalah bayi perempuan. Jika ibu kerap mengidam makanan masin pula, bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki.

3. Kulit dan Rambut

Teori ini mendakwa jika kulit dan rambut ibu kelihatan kusam, tidak berseri ketika hamil, itu petanda mengandungkan anak perempuan. Sebaliknya, jika ibu kelihatan berseri, rambut kilat dan lebat, itu petanda mengandung anak lelaki.

Share this post