Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi?

Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi?

Pasti anda risau apabila anak kecil anda demam dan selsema walaupun sebenarnya demam itu adalah tanda bahawa sistem imunisasi anak anda berfungsi dengan baik. Jika demam berlaku pada bayi bawah umur 3 bulan, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor. Kebanyakan kes demam adalah tidak merbahaya kepada bayi. Anda juga boleh merawat demam dengan memberikan Paracetamol dalam dos yang betul. Anda boleh rujuk posting ini: Pengiraan Dos Paracetamol Bagi Bayi & Kanak-Kanak

Selain itu, anda boleh juga mencuba kaedah rawatan mandian lemon yang sangat mudah ini. Hiriskan lemon dan rendamkan ke dalam sebesen air suam. Gunakan tuala kecil untuk lap badan anak anda dengan air lemon yang suam itu. Anda boleh juga mandi dan rendamkan anak anda terus dalam air hirisan lemon yang suam itu sambil menggosok hirisan lemon itu pada tapak kaki dan belakang bayi untuk melegakan hidung yang tersumbat dengan hingus selsema. Pastikan anda guna air suam, ya.

 

Source: WebMD – Home Treatments For Babies

Share this post