7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan

7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan

Makanan pelengkap atau complementary feeding ialah proses memberikan bayi makanan pejal atau cecair disamping susu ibu. Ibubapa disyorkan untuk mula memberikan makanan pelengkap kepada bayi berumur 6 bulan disamping meneruskan penyusuan ibu sehingga umur 2 tahun. Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, memberikan bayi susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrien bayi. Mereka memerlukan nutrien tambahan untk membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka. Secara semulajadi, apabila bayi mencecah umur 6 bulan, sistem saraf dan otot mulut bayi sudah cukup berkembang untuk membolehkan mereka menggigit, mengunyah dan menelan makanan pejal. Sistem penghadamannya juga sudah cukup matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan.

Dalam sesetengah kes, ada bayi yang mendapat green light daripada doktor atay pakar kanak-kanak untuk mula makan lebih awal walaupun umurnya belum mencecah 6 bulan. Ini kerana bayi tersebut sudah memenuhi syarat yang tertentu. Berikut adalah tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk mula diperkenalkan dengan makanan pelengkap.

1. Berat bayi sudah mencecah 2 kali ganda berat ketika lahir dan melebihi umur 4 bulan.

2. Bayi anda mampu mengangkat, menegakkan dan mengawal gerakan kepala nya.

3. Bayi anda mampu duduk dengan sendiri tanpa sokongan.

4. Bayi anda mempunyai koordinasi mata, tangan dan mulut yang baik. Yakni boleh melihat, mengambil dan memasukkan makanan ke mulutnya.

5. Menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut dan menggerakkan mulut seperti mengunyah.

6. Bayi tidak lagi menunjukkan refleks tujah lidah, iaitu menolak keluar makanan yang disuap dengan lidah.

7. Bayi kerap lapar walaupun sudah diberikan susu ibu dengan kerap.

 

Walaubagaimanapun adalah lebih baik jika ibubapa mendapatkan kepastian daripada doktor terlebih dahulu ketika lawatan berkala dan vaksinasi 6 bulan sebelum mula memberikan makanan pelengkap kepada bayi. Elakkan memberi makanan pelengkap terlalu awal keranaberisiko menjejaskan sistem pencernaan dan ginjal bayi kerana organnya masih belum matang dan bersedia untuk menghadamkan makanan pejal.

 

Sumber: Portal MyHealth KKM

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *