Selain dari menyediakan puree atau bubur untuk bayi, anda boleh juga menyediakan finger food sebagai makanan sampingan untuk melatih dan membantu perkembangan koordinasi mata, tangan dan mulut bayi anda. Sambil anda suapkan bayi anda puree atau bubur, letakkan finger food di hadapannya untuk dia capai dan cuba untuk memasukkan makanan ke dalam mulut dan mengunyah. Anda boleh berikan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dikukus lembut dan dipotong dalam saiz yang mudah dipegang dan selamat untuk bayi. Jika bayi anda sudah bosan, mungkin anda boleh cuba 3 resepi berkhasiat yang mudah dan menyelerakan ini.
1. SWEET POTATO FRIES
Bahan-bahan:
- Keledek oren (Sweet potato)
- Tepung Jagung
- Minyak untuk menggoreng
- Serbuk bawang putih
- Serbuk paprika
Cara membuatnya:
1. Basuh bersih keledek dan kupas. Potong keledek secara memanjang atau bentuk wedges.
2. Gaulkan dengan sedikit tepung jagung, serbuk bawang putih dan paprika.
3. Goreng sehingga keemasan. Toskan dan biarkan sejuk sedikt sebelum diberikan kepada bayi anda.
2. ROASTED PUMPKIN
Bahan-bahan:
- Labu
- Minyak Zaitun
- Rempah dan herba pilihan. Anda boleh gunakan thyme, oregano, rosemary untuk rasa savory atau gunakan serbuk kayu manis dan serbuk buah pala (nutmeg) untuk rasa yang manis.
Cara membuatnya:
1. Kupas labu dan buangkan pulpa dan bijinya. Hiris labu setebal 1 inci atau potong dadu.
2. Gaulkan labu dengan minyak zaitun dan herba/rempah pilihan.
3. Panaskan oven pada suhu 180 degree celcius. Lapik dulang pembakar dengan baking paper dan susunkan labu. Masak selama 20 minit. Pusingkan labu dan masak lagi 20 minit. Biarkan sejuk sebelum berikan kepada bayi anda.
3. BANANA OAT PANCAKE
Bahan-bahan:
- 2 biji pisang
- 1 cawan rolled oat
- 1 biji telur
- serbuk kayu manis
Cara membuatnya:
1. Blend semua bahan di atas dengan food blender.
2. Panaskan pan dan sapukan sedikit butter
3. Tuangkan bancuhan pancake ke dalam pan dan biar sehingga kelihatan buih-buih kecil sebelum diterbalikkan. Masak sepenuhnya dan sedia dihidang.