+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

KANGGAROO CARE: KEPENTINGAN SKIN-TO-SKIN SELEPAS KELAHIRAN

Posted on August 3, 2020

Kini semakin banyak hospital bersalin yang mengamalkan polisi skin to skin selama sekurang-kurangnya 1 jam untuk ibubapa dan bayi yang baru dilahirkan kerana manfaatnya yang sangat penting kepada ibu dan bayi. Skin to skin adalah kondisi dimana bayi yang hanya dipakaikan lampin diletakkan pada dada ibu atau bapa, bersentuhan kulit secara langsung. Secara naluri bayi akan mula bergerak mencari payudara ibu untuk mula menyusu.

Kajian saintifik mendapati skin to skin dapat mengurangkan kematian bayi sebanyak 36%, mengurangkan jangkitan yang serius kepada bayi sebanyak 47% dan meningkatkan kejayaan penyusuan ibu sebanyak 50%. Bayi yang lahir pra-matang jugak amat digalakkan untuk melakukan sentuhan skin to skin kerana berupaya menstabilkan degupan jantung, pernafasan dan juga suhu badan.

Antara manfaat lain amalan skin to skin ini kepada bayi adalah:

  • Meningkatkan perkembangan otak
  • Meningkatkan tahap imuniti tubuh
  • Mengurangkan tekanan dan kesakitan
  • Tidur yang lebih nyenyak
 

Kebaikan sentuhan skin to skin tidak terhad kepada bayi sahaja kerana ianya terbukiti memberikan kebaikan kepada si ibu juga. Sentuhan ibu dan bayi menggalakkan penghasilan hormon oksitoksin yang dapat meningkatkan penghasilan susu dan colostrum. Oksitoksin ini juga membuatkan ibu merasa tenang, mengurangkan kesakitan dan stress dan mengurangkan risiko kepada Post-partum Depression. Sentuhan skin to skin juga boleh dilakukan oleh bapa untuk mengeratkan hubungan emosional antara bapa dan bayi. Bayi juga masih boleh mendapat manfaat skin to skin yang sama seperti sentuhan ibu. Oleh itu jika si ibu perlu menjalani pembedahan c-section dan tak dapat memegang dan menyusukan bayi sejurus dilahirkan, doktor akan menyarankan si bapa untuk melakukan sentuhan skin to skin dengan bayi.

Sumber: Official Journal of the American Academy of Paediatrics

Previous Post
MORNING SICKNESS vs HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Next Post
5 Tips Pilih Baju Bayi: Jenis & Saiz

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2025 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact