Mumtaz Mahal berkahwin pada usia 19 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun sewaktu melahirkan anak yang ke-14, Gauhara Begum.Kehamilan rapat (poor spacing) kurang dari 2 tahun mempunyai hubungkait secara langsung dengan peningkatan morbiditi dan mortaliti (kematian) ibu dan bayi. Jarak minimum kehamilan yang disarankan oleh World Health Organization (WHO) adalah 2 tahun agar ibu kembali pulih dari semua aspek (fizikal, fisiologi, emosi, mental, ekonomi dan lain- lain). Ibu juga dapat menumpukan kepada penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga 2 tahun atau lebih.





