+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

5 Kesan Negatif Kerap Membandingkan Anak

Posted on December 9, 2020

Ramai yang masih tidak sedar bahawa perbuatan membanding-bandingkan anak dengan kanak-kanak lain mahupun sesama adik beradik memberikan kesan yang negatif terhadap emosi anak. Mungkin ibubapa merasakan ia hanyalah perkara remeh dan melakukannya dengan harapan akan meningkatkan keinginan anak mereka untuk lebih berjaya. Hakikatnya, perbuatan membanding-bandingkan anak ini bukanlah jalan terbaik untuk membantu anak beroleh kejayaan. Malah, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada keyakinan diri dan emosi anak walaupun pada mata kasar anak anda mungkin nampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat. Hati-hati ketika menegur anak kerana berikut adalah kesan negatif jika anda kerap membanding-bandingkan mereka:

 

1. Hubungan adik beradik renggang

Jika ibubapa sering membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin akan menjadikan hubungan antara mereka tegang dan renggang kerana wujud persaingan yang tidak sihat. lebih teruk lagi jika ia mencetuskan rasa benci, dendam dan sikap agresif sesama mereka.

 

2. Mula menjauhkan diri

Anak yang sering dibandingkan cenderung untuk merasa tawar hati dan cuba menjauhkan diri dari ibubapa. Mereka akan mengelak dari berkongsi masalah dengan ibubapa dan lebih suka menyendiri. Ini adalah tanda yang tidak baik dan akan menimbulkan masalah tingkah laku dan menjejaskan perkembangannya.

 

3. Elak interaksi sosial

Pada anda mungkin perbandingan yang dibuat hanyalah sebagai kata-kata pembakar semangat. Namun sebaliknya yang dirasakan oleh anak kerana pada mereka kata-kata itu adalah ejekan dan sindiran yang melukakan perasaannya lebih-lebih lagi jika anda membandingkannya di khalayak ramai atau di hadapan ahli keluarga yang lain. Jika mereka sering terpaksa menghadapi situasi ini pasti mereka akan mengelak untuk berinteraksi dengan orang luar dan keluarga.

4. Menjejaskan keyakinan diri

Sifat semula jadi anak kecil adalah suka akan explorasi dan mencuba sesuatu yang baru. Namun jika anda kerap mengkritik hasil kerjanya dan membandingkan dengan orang lain, lama-kelamaan mereka akan hilang keyakinan diri kerana merasa dirinya tidak mampu melakukan apa-apa dengan baik. Lebih malang apabila sudah terpahat dalam diri mereka bahawa apa pun yang mereka lakukan walaupun telah mencuba yang terbaik, pasti tidak akan mencapai jangkaan ibubapanya.

5. Menyekat Bakat

Jika anak anda sering merasakan bahawa usahanya tidak dihargai, akhirnya dia akan  mengalah dan berhenti mencuba. Ini akan menyekat bakat dan perkembangannya. Lama-kelamaan bakat dan potensi yang mereka ada akan terkubur dan lenyap begitu sahaja.

Previous Post
5 Tips Pemilihan Mainan Anak
Next Post
3 Mitos Kenalpasti Jantina Bayi Dalam Kandungan

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2025 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact