Kanak-kanak belajar dengan cara bermain. Jadi, tak salah untuk anda membelanjakan duit anda sekali sekala untuk membeli mainan untuk anak-anak. Hari Krismas makin hampir, pasti ramai ibubapa yang tak mahu lepaskan peluang membeli mainan anak-anak pada harga sale dan promosi. Tapi sebelum itu, baca dulu tips bawah ni supaya anda tak tersilap beli dan merugikan.
1. Pilih mainan jenis “Open-ended”
Mainan “open-ended” adalah mainan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara, tidak ada end-goal, dan anak-anak bebas untuk meneroka apa yang boleh mereka lakukan dengan mainan tersebut. Contohnya, building blocks, play dough, kinetic sand, magnetic toys, papan lukis dan barangan kraf. Open-end play sangat penting untuk kanak-kanak kerana ia mencabar imaginasi mereka untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Permainan seperti ini akan meningkatkan kreativiti anak-anak dan anda sendiri mungkin akan terpegun melihat hasil kreativiti mereka.
2. Beli mainan mengikut kesesuaian umur
Setiap pengeluar mainan lazimnya akan pamerkan label cadangan umur yang sesuai pada bungkusan mainan. Oleh itu, semak dulu label pada bungkusan sama ada mainan tersebut sesuai untuk anak anda. Memilih mainan yang tidak sesuai dengan umur mungkin akan membahayakan anak anda atau mengakibatkan kecederaan terutamanya bagi mainan yan mempunyai komponen yang kecil dan berisiko tercekik jika anak kecil memasukkannya ke dalam mulut.
3. Elakkan mainan elektronik
Memang kanak-kanak lebih tertarik kepada mainan yang mempunyai fungsi lagu, lampu dan sebagainya yang memerlukan batteri untuknya beroperasi. Namun ia tidak semestinya pilihan yang bijak kerana anda perlu berbelanja lebih kerana perlu sentiasa menggantikan baterinya. Sesetengah mainan yang menggunakan bateri bersaiz kecil juga sangat bahaya jika anak tertelan. Selain itu mainan jenis elektronik juga sangat mudah rosak kerana secara semula jadi nya kanak-kanak memang lasak ketika bermain.
4. Pastikan bahan “non-toxic”
Jika anda mahu belikan anak anda play dough, cat mewarna, krayon dan sebagainya, pastikan ianya dari bahan non-toxic. Baca label pada packaging sebelum anda beli. Anda juga boleh hasilkan sendiri play dough di rumah menggunakan tepung, minyak dan pewarna makanan yang selamat jika anak tertelan.
5. Pilih mainan yang galakkan anak anda aktif
Budak-budak, tahap energi mereka memang tinggi. Tapi malangnya zaman sekarang ni ramai kanak-kanak yang terlalu kerap menghadap screen televisyen mahupun gadjet. Sebaik-baiknya, anda belikan mereka mainan yang memerlukan mereka bergerak aktif untuk melatih kekuatan fizikal dan koordinasi mata, tangan dan kaki. Mainan seperti bola sepak, bola basketball dan jaring, set bowling plastik, gelung hula, tali skipping, layang-layang, trampoline dan basikal adalah antara mainan yang boleh menggalakkan mereka bergerak aktif.