+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

5 Tips Melegakan Kembung Perut Bayi

Posted on November 6, 2020

Bayi yang baru lahir biasanya akan mudah mengalami ketidakselesaan pada perut mereka berpunca daripada angin atau gas yang terperangkap kerana sistem pencernaan mereka masih belum sempurna. Bila masalah ini berlaku, bayi akan menangis tanpa henti dan riak wajah seperti dalam kesakitan. Kami kongsikan 5 tips berikut untuk membantu melegakan masalah kembung perut bayi.

 

1. Sendawakan bayi

Ada banyak cara untuk sendawakan bayi. Antaranya, dukung bayi dalam kedudukan menegak pada bahu anda, sambil tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Anda juga boleh duduklan bayi di atas riba anda sambil sebelah tangan menyokong bayi pada dada dan sebelah lagi menepuk belakang bayi perlahan-lahan. Sendawakan bayi setiap kali selepas susu adalah langkah penting untuk mengelakkan masalah kembung perut kerana bayi mungkin tertelan udara semasa menyusu dan perlu dibantu untuk melepaskan angin dari perutnya. Pastikan juga posisi penyusuan yang betul untuk mengurangkan masalah kembung perut.

2. Minyak bayi

Sapukan minyak bayi khas untuk masalah kembung perut pada tapak kaki dan perut bayi. Hati-hati dalam memilih minyak bayi. Pastikan tiada kandungan bahan yang boleh merengsakan kulit bayi.

3. Urutan

Setelah anda sapukan minyak pada perut bayi, lakukan urutan lembut pada perut bayi dengan menggunakan kedua tapak tangan anda dalam pergerakan seperti bentuk ‘love’. Kemudian bengkokkan dan gerakkan kaki bayi ke arah perut berselang-seli seperti mengayuh basikal. Urutan dan pergerakan senaman ini boleh membantu sistem penghadaman bayi dan membantu melepaskan angin yang terkumpul melalui kentut.

4. Mandian suam

Memandikan bayi dengan air suam juga boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa pada bayi. Biarkan bayi berendam seketika dalam besen yang berisi air suam. Pastikan keselamatan bayi ya.

5. Tuam

Tuam perut bayi menggunakan botol susu yang diisi dengan air panas. Balut atau lapik botol dengan sapu tangan dan pastikan suhu tidak terlalu panas kerana ini boleh mengakibatkan kulit melecur.

Slide1
Slide2
Slide3
Slide4
Slide5
Slide6
Previous Post
Cara Mandikan Bayi Newborn
Next Post
5 Tips Legakan Ketidakselesaan Simptom Teething

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2025 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact