+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

BAHAYA UBAT BATUK & SELSEMA KEPADA BAYI BAWAH 2 TAHUN

Posted on September 25, 2020
Sejak tahun 2007, pihak kementerian Kesihatan Malaysia telah melarang penggunaan ubat batuk dan selsema bagi bayi bawah 2 tahun. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun juga tidak disyorkan diberi ubat batuk dan selsema melainkan dengan preskripsi doktor.
1. Risiko Kegagalan Sistem Pernafasan
 
Penggunaan ubat-ubatan ini kepada kanak-kanak terutama yang berumur di bawah 2 tahun boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan. Ini kerana, kebanyakan ubat selsema yang diberikan akan menyebabkan pesakit berasa mengantuk dan tidur. Ia adalah kesan daripada ubat anti-histamin yang merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamin dalam otak. Apabila diberi pada kanak-kanak atau bayi, ia boleh mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak dan seterusnya menyebabkan mereka berhenti bernafas dengan sendirinya.
2. Menyebabkan Bayi Kurang Menyusu
Lazimnya ubat batuk dan selsema mempunyai kesan sampingan yang menyebakan rasa mengantuk. Kesan mengantuk ini secara tidak langsung akan mengakibatkan bayi kurang menyusu dan minum. Jika keadaan tidak dipantau dan dibiarkan berterusan hal ini boleh menyebabkan dehidrasi dan membahayakan kesihatan bayi.
3. Dos Tidak Terkawal
Kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada kesan toksik dan kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku overdose. Kebanyakan ubat mengandungi lebih daripada satu bahan, oleh itu kemungkinan terdapat bahan yang sama dalam 2 ubat yang berbeza. Jika seseorang memberikan ubat batuk dan ubat selsema kepada bayi tanpa meneliti bahan dan kandungan ubat tersebut, besar kemungkinan akan berlaku lebihan dos. Jika terpaksa diberikan ubat batuk dan selsema atas nasihat doktor, pastikan anda menyukat dengan tepat dan berikan ubat dalam dos yang betul.
Adalah normal bagi anak anda mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang pembesaran mereka. Anda tidak perlu risau jika mereka masih aktif bermain, mahu makan dan menyusu seperti biasa. Lazimnya mereka akan kembali sihat dengan sendirinya. Pantau anak anda, teruskan penyusuan dengan kerap dan pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat. Namun jika keadaan kesihatan mereka semakin merosot, segera dapatkan rawatan doktor kerana batuk dan selsema juga adalah simptom bagi penyakit lain yang lebih serius.
Previous Post
5 Tips Mudah Tidurkan Bayi
Next Post
DIY Aktiviti Sensori Untuk Anak Anda

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2024 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact