Aktiviti sensori sangat baik untuk si kecil anda kerana sel otak anak-anak berkembang pesat apabila mereka bermain. Anda tidak perlu modal besar pun menggalakkan aktiviti sensori dengan anak-anak. Jom kami kongsikan salah satu aktiviti sensori yang anda boleh DIY di rumah. Aktiviti ini bagus untuk latih anak fokus dan meningkat keupayaan koordinasi mata dan tangan.
Anda perlukan:
Zip Lock bag size L (kami beli dari Daiso je)
Hair Gel murah (shopee pun ada, Rm1.50 sahaja)
Googly craft eyes dan bahan-bahan craft (kami beli di Mr.DIY)
Gunting, Tape dan pen marker
Ikuti langkah seperti gambar di bawah.




