Pengalaman menjaga anak pertama, pastinya ibubapa tertanya-tanya bilakah gigi anak anda akan tumbuh. Secara umumnya, gigi bayi akan mula tumbuh sekitar usia enam bulan bermula dengan dua batang gigi kacip bawah dan bertambah secara perlahan-lahan sehingga ke semua 20 batang gigi keluar pada umur 2 setengah sehingga 3 tahun. Carta berikut adalah panduan peringkat pertumbuhan gigi bayi:
Fakta tentang gigi susu:
- Gigi anak perempuan lebih cepat tumbunh berbanding anak lelaki
- Gigi bawah akan keluar dahulu berbanding gigi atas
- Gigi akan tumbuh berpasangan secara serentak
- Saiz gigi susu adalah lebih kecil dan warnanya lebih putih berbanding gigi kekal dewasa
- Gigi susu seharusnya sudah keluar sepenuhnya apabila bayi berumur dua ke tiga tahun.