+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

HALT: Checklist Bila Anak Mengamuk

Posted on November 24, 2020

Ibubapa janganlah runsing dan panik apabila anak kecil anda tiba-tiba sahaja menangis dan mengamuk kerana keupayaan berkomunikasi anak kecil adalah sangat terhad. Menangis adalah cara untuk mereka meluahkan perasaan dan memberi isyarat bahawa mereka memerlukan sesuatu. Anda hanya perlukan gunakan checklist HALT untuk kenal pasti punca tangisan mereka. Apa itu HALT?

H – Hungry (Lapar)

A – Angry (Marah)

L – Lonely (Kesunyian)

T – Tired (Penat)

Ya, formulanya memang sangat mudah tapi kadang-kadang kita terlupa.

Hungry (Lapar)

Hampir kesemua masalah anak mengamuk boleh diselesaikan dengan makan. Kalau anda lapar pun anda mudah marah, kan? Kanak-kanak juga begitu. Kadang-kadang mereka sibuk bermain hingga terlupa perut mereka belum diisi. Bila lapar, mulalah semua benda serba tak kena. Untuk mengelakkan berlakunya adegan anak menangis dan mengamuk, pastikan mereka makan mengikut jadual. Sediakan juga snek yang mudah jika mereka lapar sebelum tiba waktu makan. Yang penting, pastikan anda memberikan mereka makanan yang sihat, kurang kandungan gula dan garam.

Angry (Marah)

Ini biasanya berlaku apabila melibatkan kanak-kanak yang lain atau antara adik beradiknya sendiri. Biasalah budak-budak, pasti akan ada adegan berebut mainan dan sebagainya. Jika anda dapati bahawa punca tangisan dan amukan anak anda adalah kerana perasaan marah, cuba tenangkannya dan ajarkannya cara untuk mengawal kemarahan. Rendahkan posisi anda supaya eye level anda sama dengannya, pegang kedua tangannya dan ajarkannya mengambil nafas yang dalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Mungkin dia akan tidak mengendahkan anda pada beberapa percubaan yang pertama, tapi anda teruskan sahaja melakukannya sehingga dia mula meniru perbuatan anda. Bila tangisannya reda berikan pujian kerana berjaya mengawal kemarahannya dan cuba berunding untuk menyelesaikan punca kemarahannya tadi.

Lonely (Kesunyian)

Kanak-kanak mempunyai perasaan yang sama seperti orang dewasa, mereka juga boleh merasa sunyi jika tiada sesiapa yang menghiburkannya. Anak anda menangis dan mengamuk mungkin untuk menarik perhatian anda supaya meluangkan masa bermain dengannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerja di pejabat, luangkanlah masa bermain dengan anak anda apabila anda pulang ke rumah.

Tired (Penat)

Selain lapar, penat adalah antara punca utama masalah anak menangis dan mengamuk. Jika tangisan dan amukan anak anda adalah kerana mereka penat, ajaklah mereka untuk berehat dan tidur. Kadang-kadang mereka tetap mahu bermain walaupun badan mereka sudah penat, kemudian mulalah semua serba tak kena sehingga perkara yang kecil pun membuatkan mereka menangis. Boleh jadi juga berlaku overstimulate (terlebih ransangan deria) sehingga mereka sukar untuk tidur walaupun sudah penat. Jika ini berlaku, kurangkan rangsangan, tutup televisyen, malapkan lampu, jauhkan mereka dari kekacauan supaya mereka boleh tenang dan mudah untuk tidur.

Akan datang, jika anak anda menangis dan mengamuk sehingga sukar dikawal, ingat formula ini dan semak apakah puncanya, supaya anda tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.

 

Previous Post
Carta Pertumbuhan Gigi Bayi
Next Post
Apa Perlu Buat Bila Dapat Tahu Anda Hamil?

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2025 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact