COLIC: SIMPTOM, PUNCA & PENCEGAHAN
Colic berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kolon (usus, organ yang terletak dalam perut). Selama ini colic dipercayai disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi. Tangisan bayi colic adalah seperti tangisan jeritan yang sukar ditenangkan walaupun sudah disusukan, didukung dan sudah ditukar lampinnya. Bayi colic menangis dengan mimik muka menahan sakit sambil kakinya diangkat ke arah perut, mata dipejam dan tangan yang digenggam.
Colic adalah perkara biasa yang berlaku kepada 25-40% populasi bayi yang lahir setiap tahun. Colic dipercayai berpunca daripada sistem pencernaan bayi yang masih belum matang dan sempurna. Diet ibu menyusu dan alahan kepada protein susu formula juga boleh menjadi punca.
Tiada rawatan yang khusus untuk bayi colic. ianya akan beransur pulih dengan sendirinya apabila bayi mencecah usia 3-5 bulan. Namun ia mungkin akan menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan kepada ibubapa bayi. Oleh itu ibubapa boleh mengambil langkah pencegahan untuk meminimumkan kesan colic dengan memastikan posisi menyusu yang betul dan sendawakan bayi selepas disusukan.



