+60 12 316 0007
ayin@amberville.com.my
My Account
  • Home
  • Blog
    • Keibubapaan
    • Kehamilan
    • Kelahiran
    • Kesihatan
    • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
    • Perkembangan
    • Tips
  • My Account
Product has been added to your cart.

Tips Bedung Bayi Dengan Selamat

Posted on October 7, 2020
  1. Elakkan masalah dan kecederaan pinggul

Untuk mengelakkan masalah pinggul, anda haruslah elakkan sama sekali membedung bayi dengan ketat pada bahagian kakinya atau memaksa kaki dan pinggul bayi dalam keadaan lurus sepanjang masa. Sejak dari alam rahim, kaki bayi secara semula jadinya adalah dalam keadaan membengkok atau bersilang tapi pergerakkannya tidak terhad. Ini adalah posisi rileks yang natural kepada bayi. Apabila anda membedung bayi anda, pastikan mereka boleh bebas membengkok, mengangkat kaki dan menendang supaya pinggul bayi dapat berkembang dengan sihat.

 

  1. Elakkan risiko lemas

Jangan gunakan bedung atau selimut yang besar & longgar tanpa ada pengawasan orang dewasa yang ketat untuk mengelakkan risiko bayi bergerak ke dalam posisi yang menyukarkan untuknya bernafas. Selain itu anda haruslah meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi baring melentang untuk mengelakkan risiko bayi berguling dan tertiarap secara tidak sengaja. Mereka mungkin tidak dapat menyelamatkan diri daripada situasi yang berbahaya kerana tidak dapat menggerakkan kaki dan tangan ketika dibedung.

 

  1. Bedung cukup-cukup sahaja – tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar

Jika bayi dibedung dengan terlalu ketat, mereka mungkin sukar untuk bernafas. Jika bayi dibedung terlalu longgar, bayi terdedah kepada risiko lemas seperti yang diterangkan dalam poin sebelum ini. Untuk memastikan anda membedung bayi dengan betul, balutkan bayi dengan kemas tanpa memberikan tekanan kepada dada bayi.

 

  1. Elakkan kepanasan

Cuaca di negara kita kadang-kadang tidak menentu. Ketika cuaca panas, bayi anda lebih terdedah kepada risiko strok haba jika dibedung dengan cara atau kain yang tidak sesuai. Jika dalam cuaca atau persekitaran yang panas, elakkan pakaian yang tebal jika anda hendak membedung bayi. Pilihlah  bedung bayi dari jenis kain yang nipis dan selesa seperti kapas dan muslin.

1-01
2-01
3-01
4-01
5-01
Previous Post
3 Fungsi Vernix Caseosa – Hapuskan Mitos Bayi Lahir Berkerak.
Next Post
Colic: Simptom, Punca & Pencegahan

Recent Posts

  • Anaemia Semasa Hamil February 18, 2021
  • 3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah February 3, 2021
  • 7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan February 1, 2021
  • Mandian Lemon Bantu Redakan Demam Selsema Bayi? January 11, 2021
  • Tahnik: Cara Melakukannya dan Kebaikannya Dalam Perubatan Moden December 14, 2020

Categories

  • Articles (1)
  • Asides (1)
  • Bag (2)
  • Coding (3)
  • Fashion (2)
  • Kehamilan (15)
  • Keibubapaan (14)
  • Kelahiran (15)
  • Kesihatan (30)
  • Model (2)
  • Penjagaan Bayi & Kanak-kanak (25)
  • Perkembangan (17)
  • Photography (4)
  • Social Marketing (3)
  • Tips (27)
  • Traveling (2)
  • Uncategorized (2)
  • WordPress (5)

Text Block

Add any content element into this footer section via Visual Composer. Also you can change sizes, colors, background image of all footer sections.

Goodbuy unconvenient widget-oriented content of footer areas! Customize your footer as any other page section!

Recent Posts

Anaemia Semasa Hamil
February 18, 2021
3 Resepi Finger Food Baby Yang Mudah
February 3, 2021
7 Tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Mula Makan
February 1, 2021

Contacts

ayin [at] amberville.com.my
+60 12 316 0007
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Facebook
TikTok
Instagram

© 2016 -2024 AMBERVILLE SDN BHD (1244574-V). ALL RIGHT RESERVED

  • Home
  • About Us
  • Contact